Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) Kolej Komuniti Kepala Batas bersama Kolej Komuniti Zon Pulau Pinang merancang pelaksanaan pertandingan PENANG IDEA-X CHALLENGE@KKKB 2026(PIC@KKKB 2026). PIC@KKKB 2026 adalah pertandingan inovasi dan STEM peringkat kebangsaan dimana penyertaan terbuka kepada semua institusi, agensi dan sekolah yang berminat. Pelaksanaan PIC@KKKB 2026 ini adalah selaras dengan usaha Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) JPPKK bagi memastikan pembudayaan budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu produk yang baru dan mewujudkan platform untuk para perekacipta menonjolkan produk inovasi masing-masing.